Produk Baru

Keli KFA menawarkan:
1. Ikan keli segar yang siap disiang
2. Ikan keli salai dengan harga yang sangat berpatutan
3. Hidangan ikan keli siap dimasak untuk anda nikmati-minima tempahan diambil adalah untuk 30 pax.
Tempahan boleh diambil di tapak peliharaan dan penghantaran di luar kawasan Seremban boleh dibincangkan.

Tapak Peliharaan Ikan Keli KFA


March 25, 2010

Ikan keli salai untuk tempahan

Minggu lepas, Abanglong menerima banyak tempahan ikan keli salai. Ikan keli salai kami disalai dengan bara...disediakan sehingga ikan mempunyai kadar kelembapan yang minima supaya tahan disimpan. Ikan salai Abanglong insyaAllah terjaga kebersihannya-disiang bersih, dibasuh teliti dan dikunyit garamkan minima sebelum disalai.



Ikan keli salai Abanglong sesuai dimakan terus dengan nasi beserta sambal kicap/air asam...lazatnya tak terkira-bukan Abanglong yang kata, tetapi pelanggan yang beritahu...
Jika di Soromban (Seremban), masak gulai lemak cili padi dengan hirisan halus daun asam gelugur menjadi pilihan...lobihkan cili dongan santan...sodaplah lomak keli salai tu...hihihi...Untuk tempahan, sila hubungi Abanglong di talian- 0196540690/0196520690. Untuk keli salai, Abanglong menyediakan mengikut permintaan-tiada ex-stock ye wahai pelanggan budiman. Ini kerana, kami ingin kesegaran keli salai terjamin dan anda hanya mendapat ikan salai terbaik.

Nota 1: Keli salai ditimbang selepas salai. Sekilogram keli salai yang bersaiz kecil-sederhana adalah dalam lingkungan 10-15 ekor. Jika saiz besar, sekilogram salai lebih kurang 5-8 ekor.
Nota 2: Harga keli salai di pasaran adalah RM20-25 sekilogram. Abanglong menawarkan harga lebih murah kerana keli dipelihara sendiri....

February 20, 2010

Tempahan

Alhamdulillah, ikan sudah membesar. Kini Abanglong maju setapak lagi dengan melakukan penetasan/pembiakan sendiri benih ikan keli. Ianya adalah proses 'cuba jaya' yang Abanglong lakukan tanpa jemu.
Abanglong memasarkan sendiri ikan keli ke kedai-kedai runcit/makan dan juga tempahan dari katerer mahupun orang perseorangan. Tempahan yang diterima bukan sahaja ikan keli segar malahan ikan keli salai. Abanglong telah mencuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan dari para pelanggan. Jika berminat, jangan lupa hubungi Abanglong ye!Proses mengasingkan ikan mengikut saiz untuk dipasarkan. Maklumlah, ada pelanggan yang inginkan ikan bersaiz kecil dan juga sebaliknya...



Antara 3 ekor ini, hanya seekor yang boleh dituai hari ini. Selamat lagi yang lagi 2 ekor itu ye..! :)

Nota 1: Owh ye! Kambing sudah terjual. Alhamdulillah.

Nota 2: Abanglong menerima panggilan dari jbtn perikanan pada penghujung 2009 untuk diberikan bantuan. Abanglong bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi.Apabila Abanglong menghubungi mereka semula, dikatakan peruntukan 2009 telah habis dan diminta menghubungi semula pegawai tersebut pada tahun 2010. Seperti yang dijanjikan, Abanglong pun menghubungi semula pegawai tersebut pada awal Januari, ermm...apakan daya, mungkin bukan rezeki Abanglong, menurut pegawai tersebut, peruntukan 2010 pun sudah tiada. Sehingga ke hari ini, Abanglong masih tertanya-tanya tujuan pegawai tersebut menghubungi Abanglong dan menjanjikan bantuan tempoh hari.

Nota 3: Alhamdulillah, setakat hari ini, Abanglong masih berdikit-dikit menggunakan modal sendiri untuk meneruskan survival dalam perniagaan ini. Doakan Abanglong berjaya!

December 17, 2009

Tahun Baru

Salam Tahun Baru Hijrah 1431.
Abanglong dan keluarga mengharapkan tahun yang lebih baik dari sebelumnya. Moga murah rezeki dan diberkati sentiasa....Ameen

September 22, 2009

Kolam Baru...Kambing untuk Dijual



Sudah lama tidak diupdate sebarang maklumat.
Syukur pada Allah keliKFA semakin berkembang. Kami sudah menambah bilangan kolam sedia ada dengan kolam yang dibina sendiri oleh abanglong. Sebanyak 3 buah kolam yang mampu menampung anak ikan sebanyak 6 ribu ekor. Semoga dengan pertambahan ini, kami mampu menampung permintaan dari pemborong yang ingin ikan dibekalkan dalam kuantiti yang banyak.
Sepanjang bulan Ramadhan, kami juga membekalkan IKAN KELI SALAI yang disediakan sendiri dengan harga yang sangat berpatutan. Oleh itu, jika berminat, jangan lupa hubungi kami di KELIKFA. 0196540690.

Oh ye! Abanglong juga ingin menjual kambing baka jamnapari dengan harga yang sangat menarik. Selain ikan keli, kami juga ada menternak kambing. Jika berminat. Hubungilah kami!

June 24, 2009

Musim menuai


Beberapa minggu yang lalu memang merupakan waktu yang sibuk untuk KFA. Tempahan datang sekaligus untuk memenuhi permintaan catering dan juga untuk tempahan mingguan tetap. Hampir kosong kolam tuaian kami. Alhamdulillah cukup untuk memenuhi permintaan. Semoga berterusanlah permintaan yang menggalakkan ini untuk KFA.
Walaubagaimanapun, kami ditimpa ujian apabila kolam kanvas yang mengandungi ikan yang hampir matang telah 'kosong' tanpa kami sedari. Nak dikatakan mati, tiada pula bangkai ikan terapung-apung. Jika ada yang mengambil, lama mana sangatlah nak dimakan hasil ikan yang berjumlah lebih 4000 ekor itu. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami.
Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan bekalan ikan keli kami, jangan lupa hubungi KFA. Abanglong (0196540690) dan kaklong (0196520690).

May 25, 2009

Ikan Keli Masak Merah

Resepi dari : http://resepi.mesra.net/Masakan_Ikan/

Ikan Keli Masak Merah Kiriman: suziey Sumber: ibu tersayang

Bahan-Bahan:
5 ekor ikan keli 10 biji cili kering (kisar)
10 ulas bawang merah (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
½ inci halia(mayang)
air asam jawa belacan
serbuk kunyit garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)
minyak untuk menumis

Cara:
ikan keli dibersihkan dan digaul bersama garam dan serbuk kunyit.panaskan minyak dan goreng ikan tersebut hingga masak. ketepikan. tumis bahan2 yang dimayang hingga separuh garing.kemudian dimasukkan cili kering yang telah dikisar.tumis hingga pecah minyak. kemudian masukkan air asam jawa, belacan,garam dan gula. akhirnya masukkan ikan dan gaul sebati.

Cadangan Hidangan:
sedap dimakan bersama nasi panas dan ulam timun.

Tambahan:
cubalah.....insyaallah sedaappppp

Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Resepi dari: http://www.geocities.com/shahirul_fairuz/resepi.htm
Bahan :
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
4 helai daun limau purut
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa

Caranya :
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5. Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak la...

Note :
Pada sesiapa yg rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu. Dan dimasukkan kedlm kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.

Selamat mencuba.