Produk Baru

Keli KFA menawarkan:
1. Ikan keli segar yang siap disiang
2. Ikan keli salai dengan harga yang sangat berpatutan
3. Hidangan ikan keli siap dimasak untuk anda nikmati-minima tempahan diambil adalah untuk 30 pax.
Tempahan boleh diambil di tapak peliharaan dan penghantaran di luar kawasan Seremban boleh dibincangkan.

Tapak Peliharaan Ikan Keli KFA


May 25, 2009

Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Resepi dari: http://www.geocities.com/shahirul_fairuz/resepi.htm
Bahan :
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
4 helai daun limau purut
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa

Caranya :
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5. Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak la...

Note :
Pada sesiapa yg rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu. Dan dimasukkan kedlm kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.

Selamat mencuba.

1 comment:

  1. KAMI ADALAH PEMBEKAL IKAN KELI & TALAPIA MERAH
    Harga Ikan Keli: Rm 3.80 per/kg
    Harga Ikan Talapia Merah : Rm 6.50 - RM 7.00 per/kg
    Bayaran : Tunai
    Jenis Makanan Ikan Ikan : Pellet.
    Sumber Air Untuk Ternakan : Air Bukit
    Lokasi : Kawasan Lembah Klang
    Berminat sila hubungi : 016 6992342 (Jefri) call/sms untuk tempah IKAN KELI & TALAPIA MERAH
    http://penternakan.webs.com

    ReplyDelete