Produk Baru

Keli KFA menawarkan:
1. Ikan keli segar yang siap disiang
2. Ikan keli salai dengan harga yang sangat berpatutan
3. Hidangan ikan keli siap dimasak untuk anda nikmati-minima tempahan diambil adalah untuk 30 pax.
Tempahan boleh diambil di tapak peliharaan dan penghantaran di luar kawasan Seremban boleh dibincangkan.

Tapak Peliharaan Ikan Keli KFA


March 25, 2010

Ikan keli salai untuk tempahan

Minggu lepas, Abanglong menerima banyak tempahan ikan keli salai. Ikan keli salai kami disalai dengan bara...disediakan sehingga ikan mempunyai kadar kelembapan yang minima supaya tahan disimpan. Ikan salai Abanglong insyaAllah terjaga kebersihannya-disiang bersih, dibasuh teliti dan dikunyit garamkan minima sebelum disalai.



Ikan keli salai Abanglong sesuai dimakan terus dengan nasi beserta sambal kicap/air asam...lazatnya tak terkira-bukan Abanglong yang kata, tetapi pelanggan yang beritahu...
Jika di Soromban (Seremban), masak gulai lemak cili padi dengan hirisan halus daun asam gelugur menjadi pilihan...lobihkan cili dongan santan...sodaplah lomak keli salai tu...hihihi...Untuk tempahan, sila hubungi Abanglong di talian- 0196540690/0196520690. Untuk keli salai, Abanglong menyediakan mengikut permintaan-tiada ex-stock ye wahai pelanggan budiman. Ini kerana, kami ingin kesegaran keli salai terjamin dan anda hanya mendapat ikan salai terbaik.

Nota 1: Keli salai ditimbang selepas salai. Sekilogram keli salai yang bersaiz kecil-sederhana adalah dalam lingkungan 10-15 ekor. Jika saiz besar, sekilogram salai lebih kurang 5-8 ekor.
Nota 2: Harga keli salai di pasaran adalah RM20-25 sekilogram. Abanglong menawarkan harga lebih murah kerana keli dipelihara sendiri....

February 20, 2010

Tempahan

Alhamdulillah, ikan sudah membesar. Kini Abanglong maju setapak lagi dengan melakukan penetasan/pembiakan sendiri benih ikan keli. Ianya adalah proses 'cuba jaya' yang Abanglong lakukan tanpa jemu.
Abanglong memasarkan sendiri ikan keli ke kedai-kedai runcit/makan dan juga tempahan dari katerer mahupun orang perseorangan. Tempahan yang diterima bukan sahaja ikan keli segar malahan ikan keli salai. Abanglong telah mencuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan dari para pelanggan. Jika berminat, jangan lupa hubungi Abanglong ye!Proses mengasingkan ikan mengikut saiz untuk dipasarkan. Maklumlah, ada pelanggan yang inginkan ikan bersaiz kecil dan juga sebaliknya...



Antara 3 ekor ini, hanya seekor yang boleh dituai hari ini. Selamat lagi yang lagi 2 ekor itu ye..! :)

Nota 1: Owh ye! Kambing sudah terjual. Alhamdulillah.

Nota 2: Abanglong menerima panggilan dari jbtn perikanan pada penghujung 2009 untuk diberikan bantuan. Abanglong bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi.Apabila Abanglong menghubungi mereka semula, dikatakan peruntukan 2009 telah habis dan diminta menghubungi semula pegawai tersebut pada tahun 2010. Seperti yang dijanjikan, Abanglong pun menghubungi semula pegawai tersebut pada awal Januari, ermm...apakan daya, mungkin bukan rezeki Abanglong, menurut pegawai tersebut, peruntukan 2010 pun sudah tiada. Sehingga ke hari ini, Abanglong masih tertanya-tanya tujuan pegawai tersebut menghubungi Abanglong dan menjanjikan bantuan tempoh hari.

Nota 3: Alhamdulillah, setakat hari ini, Abanglong masih berdikit-dikit menggunakan modal sendiri untuk meneruskan survival dalam perniagaan ini. Doakan Abanglong berjaya!