Produk Baru

Keli KFA menawarkan:
1. Ikan keli segar yang siap disiang
2. Ikan keli salai dengan harga yang sangat berpatutan
3. Hidangan ikan keli siap dimasak untuk anda nikmati-minima tempahan diambil adalah untuk 30 pax.
Tempahan boleh diambil di tapak peliharaan dan penghantaran di luar kawasan Seremban boleh dibincangkan.

Tapak Peliharaan Ikan Keli KFA


April 27, 2009

KELI GORENG 3 RASA



GAMBAR HIASAN

Ikan Keli Goreng 3 Rasa
Kiriman: Abu Zarin


Bahan-Bahan:
Ikan keli sungai
Cili kering
Daun bawang
Daun sop
Limau kasturi
Garam
Minyak saji
Cara:
Siang ikan hingga bersih, jika nak pendek ikan boleh dikerat-kerat ikut suka. Rendam cili kering selama setengah jam, kemudian ditumbuk-tumbuk sederhana halus.

Panaskan Minyak Saji kedalam kuali kemudian boleh mengoreng ikan sehingga separa garing. Tuangkan cili yang sudah ditumbuk dan kacau. Tabur garam secukup rasa, kemudian dikacau rata. Masakan diangkat letak keatas pinggan lebar.

Potong sebiji limau kasturi dan perahkan keatas ikan. Potong daun bawang dan daun sop kemudian tabur diatas.
Cadangan Hidangan:
Dihidang bersama nasi panas sesuai untuk hidangan makan malam Jumaat.

April 24, 2009

Satu Permulaan


Setelah bekerja lebih 20 tahun di dalam industri pembuatan atap, Abanglong mengambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan memulakan perniagaan sendiri. Pada bulan Julai 2008, rasmilah Abanglong bergelar 'tokeh ikan keli' dengan modal yang sangat minima, Abanglong berdikit-dikit dengan membeli tong air untuk menternak anak-anak ikan keli yang dibeli dari pembekal.
Permulaannya agak pahit apabila anak ikan yang dibeli lebih banyak mati dari yang berjaya survive hingga dewasa, namun itu tidak melemahkan semangat Abanglong. Ilmu yang diperolehi dari pengusaha ikan keli yang lain selain melayari internet digabung jalinkan untuk memantapkan hasil yang diperolehi.
Kini, Abanglong masih lagi dalam proses mencari lebih ramai pemborong/peruncit yang berminat untuk dibekalkan ikan keli yang terjamin kebersihannya dan rasa yang lebih enak serta tidak hanyir dan sangat minimal kandungan lemaknya. Sekiranya anda ingin menjadi pemborong/peruncit ataupun hanya ingin menjadikan ikan keli KFA sebagai hidangan untuk keluarga, silalah hubungi Abanglong/Kaklong di talian -0196540690/0196520690. Anda pasti tidak menyesal..insyaAllah. :)

April 21, 2009

Ikan Keli Berlada



Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 ekor ikan keli sederhana besar
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • secubit gula
  • secubit garam dan kunyit
  • minyak untuk menumis
  • Bahan dikisar :
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili merah

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
  2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
  4. Angkat dan tuang di atas ikan keli gereng tadi. yummy.....sedap.........

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh

Bahan-Bahan
1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah) di salai/di panggang.
1 biji kelapa atau santan segar RM2
30-50 ulas cili padi
10 ulas belimbing buluh
5 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
Garam secukup rasa
Cara Masakan
Kisar cili padi, bawang dan kunyit dengan air yang minima. Boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu.
Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sebahagian santan dan kacau rata.
Masukkan ikan keli yang sudah dipanggang beserta belimbing buluh.
Kemudian masukkan baki santan dan kacau. Masukkan daun kunyit dan asam gelugur.
Masukkan garam.
Tutupkan api setelah mendidih dengan sempurna.
Bolehlah dihidang dengan nasi panas.