Produk Baru

Keli KFA menawarkan:
1. Ikan keli segar yang siap disiang
2. Ikan keli salai dengan harga yang sangat berpatutan
3. Hidangan ikan keli siap dimasak untuk anda nikmati-minima tempahan diambil adalah untuk 30 pax.
Tempahan boleh diambil di tapak peliharaan dan penghantaran di luar kawasan Seremban boleh dibincangkan.

Tapak Peliharaan Ikan Keli KFA


April 27, 2009

KELI GORENG 3 RASA



GAMBAR HIASAN

Ikan Keli Goreng 3 Rasa
Kiriman: Abu Zarin


Bahan-Bahan:
Ikan keli sungai
Cili kering
Daun bawang
Daun sop
Limau kasturi
Garam
Minyak saji
Cara:
Siang ikan hingga bersih, jika nak pendek ikan boleh dikerat-kerat ikut suka. Rendam cili kering selama setengah jam, kemudian ditumbuk-tumbuk sederhana halus.

Panaskan Minyak Saji kedalam kuali kemudian boleh mengoreng ikan sehingga separa garing. Tuangkan cili yang sudah ditumbuk dan kacau. Tabur garam secukup rasa, kemudian dikacau rata. Masakan diangkat letak keatas pinggan lebar.

Potong sebiji limau kasturi dan perahkan keatas ikan. Potong daun bawang dan daun sop kemudian tabur diatas.
Cadangan Hidangan:
Dihidang bersama nasi panas sesuai untuk hidangan makan malam Jumaat.

1 comment:

  1. assalamulaikum.... sahabat saya ada membela ikan keli di sekitar sungai buluh.. sahabat saya mempunyai masalah untuk menjual ikan keli tersebut..

    saya ingin bertanya, dimanakan ikan keli tersebut patut dijual. buat masa sekarang hampir 15,000 hingga 20,000 ekor ikan keli yang boleh dijual. sahabat saya bertanyakan kepada saya, dengan siapakahkah ikan keli tersebut patut dijual...

    saya memerlukan pertolongan dari pihak tuan dapat menyelesaikan masalah sahabat saya itu.

    sekian...

    terima kasih

    zamri
    019-3710007

    ReplyDelete